Rabu, 27 Jun 2012

PROBLEMA!

Sharing is caring.. yeah.. banyak masalah ana sekarang ni weh...
nak kata lebih dahsyat kot dari korang semua... bukan masalah keluarga tapi tempat study ni..
Allahu akbar, dugaan mendatang dari hari ke hari membuatkan daku masih berada dalam keadaan kurang selesa di IPG ni.... ana tak boleh buat kerja lain dengan baik selagi "benda" tuuu belum berakhir.... tapi, hairan juga waktu2 ni jugalah masalah/kerja semakin banyak.. mana nak letak kerja / kepimpinan lagi...memang satu cabaranlah buat diri ini.. sampaikan nak ketawa pun susah sangat... rasa macam nak nangis jak dengan semua ni T.T... can u gimme some time? I just want to free this week.............. tolonglah jangan bebankan sangat untuk minggu ni saja dan minggu depan... sebab takut juga 1 kaki terkeluar dah ni...kuatkan daku..huuuu...............   kawan asyik duk cakap muka ana pucat semacam 2 hari ni.. macam orang bermasalah..huu... ana sendiri tak tau muka dah pucat, tapi yang ana tau diri masih tiada mood untuk bergembira..... tiada istilah untuk semua itu...

but, I know, one day I'll smile eventually..
can't wait to see!!!!!!!!!!
I need ma smile back again!
the real smile and not the fake smile!



Moga Permudahkan-Nya..
anyway, don't disturb me for this week and next week :)
 Salam......^^

Jumaat, 15 Jun 2012

PRESENT IN MY LIFE

I still have something to tell you
It might be a little late, but these are the words I never got around to say

The most beautiful moment of my life is…
… When I loved you after meeting you
Now I know that you’re the biggest gift of my life


Ok, cuti 3 minggu nii chek nak habaq sket dengan korang.. hehehheh
my schedule...ok.......


cuti 3 minggu ni xla banyak benda nak buat... banyak luangkan masa kat rumah saja.. nampaknya hajat nak ke pulau nii x sampai2 lagi nii memandangkan cuaca kat Sabah x mengizinkan.. ok takpa...tuu kita tangguhkan dulu laaa..hmmm...
best cuti ni sebab hujan jak, hahahahah.. bukan apa,kat tempat blajar tuu susah betuiii nak tengok hujan yang seindah di Sabah. chewaahhh.. tapi betullaa ni..Seriously.... one day mintak hujan, petang tuu turun juga hujan... kata kak ana, termakbul doa ana... dah terlebih pula kepada keesokkan hari dan seterusnya.... angin melambai-lambai memang best.. sejuk giler....

sempat juga sambut bday mama ana.. Alhamdulillah pakatan mengumpul duit dengan abg and kakak ana.. nampaknya abang ana yang jauh diperantauan tuuu sponsor juga,hihi...besalah abang first kenalah bagi lebih skit kan..thanks then!!


So far so awesome,LOL..... kek ni dah ada calar sket,nampak tuuu?? yeah~ but, rasanya tetap menjadi idaman kalbu.. sedap & yummy^^..... harganya RM29.00 sahaja... khas buat mama dari your  4 precious son & daughter!! hehehehe

next, jeng3...
ana beli banyak jugalah barang nak bawa balik....... hmm.. seperti gambar di atas.. seriously, too hard untuk cari tudung labuh kat tempat ana belajar tuh! terpaksa beli kat negeri sendiri.. yang ni lagi murah.. orang selalu jual RM18 and above.. but tudung ni bru RM10.. see???? mudah diurus.. dijamin smart :p
next, yang paling sekali mestilah "eyeglasses".. ana beli yang baru... so korang jangan tegur2 pula bila ana pakai spek... coz ana memang budak kacamata since form 4... but, at campus, ana tak pakai..... start sem nii, insyaAllah akan pakai balik^^v peace!!


next story, mestilah hang out with my cousins....!!!!!!! I'm happy......... four of us like F4,hahah! Setelah lama berpisah, sorang kat sana, jauh diutara, dan overseas laaa konon, sekarang jumpa balik :p
pertemuan yang sangat awesome.... sempat lagi pi pantai...... tengok2 skit sebab maklumlah ada orang tuuu dah lama tak ke pantai..oh kesian....
yeah~ tak sabar nak tengok Kimanis maju jadi bandar..... SOGT tuu pun kiranya akan siap sekitar 2014.....yeppie!!!!!!!!!!!!!^^




happy gakla 3 minggu ni, even elaun tak masuk2 lagi, I don't care laaa.... lagi banyak terkumpul, lagi awesome ^^v and one day.......


and I was selected untuk pakai benda macam ni :p
tak nampak sangat, sebab korang tak payah laa tengok sangat k,,haha
kita kasi blur kan dia, sapa tuuu??? hahah! tetiba ada iklan kat atas nii.. takpa2..ignore jak dia ni :p

apapun, 3 minggu ni cuti yang bermakna buat diri ni! especially untuk keluarga laaa,, happy sangat.. and I hope dapat jumpa agi raya nanti^^

rasanya macam nak tambah cuti lagi ni, tapi apa boleh buat....... tugas sebagai seorang pelajar harus dilaksanakan........ :(

I'll miss you all because you're the biggest present in my life =)

Isnin, 4 Jun 2012

SAY NO TO "PROMOSI DOSA DI FACEBOOK"

Assalamualaikum sahabat2 ana sekalian,
entri berbunyi seperti diatas, malam2 macam ni,timbul pula kesedaran....... dan apa yang ana ingin sampaikan malam ni diambil daripada laman ilmu ustaz www.zaharuddin.net..... hmm..promosi dosa di facebook? kebanyakan kita tak sedar bahawa benda ni x leh buat..tapi terbuat.. then, ada juga yang dah tau,tapi buat2 tidak tahu macam entah apa jak kan.... nak kata jahil sangat takla juga,, simple jela... itulah KESERONOKAN DUNIA.......k,dalam entri ni ana akan share sebahagian daripadanya jak la..selebihnya,korang rajin2laa check laman ilmu ni k... 


DOSA KECIL YANG MEMBESAR DAN BERGANDA
Benar, secara umumnya, ia mungkin masih dianggap dosa-dosa kecil. Dosa kecil disebut oleh Nabi s.a.w boleh terhapus dengan solat fardhu, solat Jumaat, zikir, istighfar dan pelbagai amalan lain. Namun demikian, dosa kecil seperti itu boleh berganda sehingga adakalanya amalan seseorang tidak lagi mampu memadamkan keseluruhannya.
Bilakahitu?
Ia adalah apabila tontonan kita itu dikongsikan kepada orang lain melalui pendedahan kita sendiri sama ada di ketika bercerita berkenaannya, mungkin dalam ulasan kita. Atau lebih teruk lagi dipamerkan di FACEBOOK sebagai  filem (movies) yang diminati, drama TV disukai, buku didambai, muzik dikagumi dan sebagainya.
Bagi saya, tindakan mengisi ruang itu dengan sebarang filem yang majoritinya mendedahkan aurat dan bercampur baur pengajarannya adalah sama seperti mempromosikannya, memberikan iklan percuma kepadanya, memaklumkan keredhaan kita terhadapnya.
Mungkin terkecuali jika kita menyiarkan minat kita terhadap movie pengajaran seperti Kung Fu Panda, Toy Stories, Cars, Omar Mukhtar atau dokumentari dan keagamaan seperti National Geographic, Discovery Channel, Berita, Al-Kuliyyah, Tanyalah Ustaz, Halaqah, Imam Muda dan sebagainya.
Memaparkan minat kita rancanganTV atau Movie yang jelas bercampur aduk dosa dalam majoriti adegannya seperti ‘Desparate Housewives', ‘Friends', ‘Pretty Women', ‘Notting Hill', ‘Kuch Kuch Hota Hai', ‘HEROES' dan jutaan lagi filem sepertinya.
Walaupun seseorang itu memang meminati dan menontonnya, namun sedarilah tontonan itu mengakibatkan banyak dosa-dosa kecil. Tontontan itu tanda akibat kelemahan diri kita sehingga terjebak dalam dosa sebegitu.
Memaklumkannya kepada orang lain akan minat kita terhadap filem itu adalah dosa gandaan yang lain. Ia adalah sebuah promosi iklan secara percuma. Malah mendedahkan sokongan kita terhadap movie dan drama bermaksiat.  Bukan sekadar movies sahaja malah hal yang sama terpakai buat promosi buku, novel, muzik dan public figure atau artis (khususnya di facebook).
Sayabimbang, keghairahan berkongsi segala-galanya di dalam facebook, blog dan forumakan tanpa sedar mempergandakan dosa  seseorang.
Kecuali jika diyakini dengan ilmu dan iman bahawa pengajaran BAIK dari filem yang ingin dikongsi tersebut atau ditanda sebagai ‘like' itu MELEBIHI UNSUR DOSA DAN BURUK. Sebagaimana drama-drama bermesej islam, penuh pengajaran tetapi masih dilakonkan oleh pelakon mendedah aurat. Jika diyakini unsur positifnya melebihi dan negatif, tatkala itu mungkin wujudnya sedikit justifikasi untuk dipapar dan ditonjolkan dalam senarai drama diminati. Dengan niat agar orang lain turut mendapat pengajarannya.
Selain berkongsi minat terhadap hal yang disebut di atas, ada juga yang mendedahkan dosanya melalui gambar. Gambar seperti :
  •  ketika sedang minum arak,
  •  hadiri parti penuh maksiat,
  •  hadiri majlis dosa,
  •  sedang berpelukan lelaki wanita
  •  atau bersentuhan wanita dan lelaki yang bukan mahram (walaupun bagi seorang doktor kerana keperluan, tetapi gambar sedemikian PATUT disembunyikan)
  • dan sebagainya,
Sekiranya semua yang disebut tadi dikongsi di facebook dan blog, kita bimbang individu terbabit tergolong di dalam kategori penyebar dosa dan pembuka aib diri sendiri. Nabi s.a.w memberi ingatan :-
كل أمتي معافى إلا المجاهرين، وإن من المجاهرة أن يعمل الرجل بالليل عملا، ثم يصبح وقد ستره الله عليه، فيقول: يا فلان عملت البارحة كذا وكذا، وقد بات يستره ربه، ويصبح يكشف ستر الله عليه
Ertinya: Setiap umatku (boleh) diampunkan keucali mereka yang mendedahkan (dosanya),ada di kalangan yang mendedahkan ini , melakukan suatu dosa di waktu malam, berpagi-pagi sedang Allah menutup keaiban dosa itu, namun tiba-tiba dia mendedahkan seraya berkata :" Wahai fulan, semalam aku lakukan itu dan ini" maka terhapuslah tutupan Tuhannya dan jadilah ia membuka (rahmat) Allah yang(sebelum ini) menutup keaibannya.( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
SEMBUNYIKAN DAN TAUBAT
Justeru itu, jadikanlah dosa peribadi disebabkan menonton filem bercampur maksiat, atau menyukai musik hedonisme, atau melakukan maksiat secaraf izikal kerana zina, curi, tidak solat dan sebagainya, sama ada kecil ataubesar yang dilakukan di rumah, tersembunyi adalah antara individu terbabit denganAllah SWT. Tujuannya agar seseorang itu beroleh rahmat Allah dan diberi hidayahuntuk bertaubat sebelum maut menjelma. 
Mungkin disebabkan pendedahannya, apabila ia ingin atau telah bertaubat, sukar untuknya untuk memaklumkan kepada semua yang pernah mendengar atau mengetahui pendedahannya agar bertaubat sama, malah taubatnya juga mungkin diragui orang lain atau paling kurang, membawa masalah dalam hati seperti boleh menumbulkan riya'.
Justeru jalan terbaik atas apa jua bentuk dosa yang telah atau pernah dilakukan adalah SENYAP DAN SEMBUNYIKAN. Ia bukan hipokrit !tetapi ia dituntut oleh Allah dan RasulNya dan usahakan bertaubat. Hiprokrit adalah bagi mereka yang berpura-pura baik, tetapi dalam hal ini, si pelau dosa hanyalah menyembunyikan dosanya. Tidak timbul persoalan dia cuba mengabui mata orang ramai dan berpura-pura baik. Rasulullah bersabda :
اجْتَنِبُوا هَذِهِ الْقَاذُورَةِ الَّتِي نَهَى الله عَنْهَا فَمَنْأَلَمَّ فَلْيَسْتَتِرْ بِسَتْرِ الله وَلْيَتُبْ إِلَى الله. فَإِنَّهُ مَنْيُبْدِ لَنَا صَفْحَتَهُ نُقِمْ عَلَيْهِ كِتَابَ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ. 
Ertinya : "Jauhilah perkara-perkara keji (maksiat) yangtelah dilarang oleh Allah, sesiapa yang telah melakukannya, hendaklah dia menyembunyikannya dengan tutupan (yang diberikan) Allah dan bertaubat kepada Allah SWT. Jika sesiapa menampakkan perkara keji (yang dilakukannya) kepadakami, kami akan menjatuhkan hukuman yang telah diperintahkan oleh Allah ‘Azzawa Jalla." [Dikeluarkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak,hadis no: 7615 dan beliau berkata: "Hadis ini sahih atas syarat kedua-dua syaikh (al-Bukhari dan Muslim) dan mereka tidak mengeluarkannya." Inidipersetujui oleh al-Zahabi.]
Pengecualiannya hanyalah apabila kes melibatkan aib dan dosa ini diajukan di mahkamah untuk menangani sesuatu kes, atau ketika merujuk kepada kaunselor diyakini untuk membantu dan ilmuan Islam untuk mengetahuihukum dan kaedah pemulihan.
Allah itu maha pengampun dan sentiasa menginginkan kita untuk bertaubat dan beristighfar, maka antara ciri taubat yang mudah diterima adalah apabila dosa tidak didedahkan. Didalam sebuah lagi hadis sohih disebutkan :-
أن النبيصلى الله عليه وسلم قال : يدني الله عبده المؤمن ، فيضع عليه كنفه ويستره ، فيقول: أتعرف ذنب كذا ؟  أتعرف ذنب كذا ؟ فيقول : نعم ، أي ربِّ ، حتى إذا قرره بذنوبه ، ورأىفي نفسه أنه قد هلك ، قال : سترتها عليك في الدنيا ، وأنا أغفرها لك اليوم 
Ertinya: Nabi bersabda : (Di akhirat kelak) Allah akan menghampiri seorang hambanya yang mukmin lalu melindunginya lalu berkata : Adakah kamu tahu dosa kamu ini?Adakah kamu sedar dosa ini? Lalu jawab lelaki itu  Ya Wahai Tuhan dan sehingga dia mengakui dosanya dan merasakan dia akan binasa (dihukum), Allah berkata : Aku telah menutupinya di dunia dahulu ( dari pengetahuan manusia), dan hari ini aku akanmengampunkannya ( Riwayat Al-Bukhari)
Jelas dari hadis di atas, dosa yang dilakukan dan tidak didedahkan berpeluang mendapat belas kasihan Allah di akhirat untuk diampuni. Namun bagi mereka yang telah lebih dahulu berbangga bercerita, mengiklan, promosi dan sebagainya sejak didunia lagi, dibimbangi tidak cukup layak mendapat belas kasihan dan rahmat Allahserta pengampunannya.
KESIMPULAN
Segeralah memadam paparan minat dan keterlibatan terhadap apa jua aktiviti, tayangan, muzik, bacaan selain untuk Allah,Rasul dan apa yang mendekatkan diri kepada keredhaan Allah.  Walau sebanyak, sedalam manapun minat, sejauh manapun keterlibatan, sembunyikan ia, bukan bertujuan untuk menipu manusia lain, tetapi agar dia tidak tergolong dalam kalangan berbangga dengan dosanya, mempromosi, membuka aib sendiri dan mengiklan kejahatan kepada orang lain.
Semaklah facebook anda, blog, website, forum dan sembangan harian agar tidak tersalah dan mempergandakan dosa.
Sekian

ZaharuddinAbd Rahman


haaa..dah baca?????? TERSEDAR tak??? Kalau masih tak sanggup nak buang benda2 tuuu, I DON'T KNOW WHAT KIND OF HUMAN YOU ARE... Selain tuuu, ada lagi 1 entri dari ustaz ni ana nak kongsikan..... sedikit sebanyak mengenai dosa di FACEBOOK.. terutama WANITA.... janganlah jadi biasa2 saja, kalau boleh kita nak jadi yang high class.. :) ..ikuti entri Ustaz Zaharuddin kat bawah ni mengenai "DOSA2 DI FACEBOOK" dan huraian sikit sebanyak dari ana mengenainya...

Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-

1)   Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.
Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka.  Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami  serba salah.
Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.
Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.
Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.
Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.
Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu  jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.
 huraian ana : betul kata ustaz kat atas ni...then, bagi ana kes ini bukan sahaja untuk suami dan isteri, tetapi termasuk juga kepada sahabat2 kita.... kalau hang dok luah perasaan marah laa, benci laaa,menyindir siap tag nama orang tuu lagi,aduhai~ dah laaa ramai orang boleh tengok..korang tak kesian ke yang menjadi "mangsa" tuuu.... bayangkan kalau korang kena, mesti korang pun terguris skit.... agak2 laa nak bongkar pasal orang,,,ingat dulu hang tuu macamana,baik sangat ke sampai nak mengata orang kan3x??^^ so,bila nak post something tuuu, guna otak skit...jangan jadi orang yang biasa2 saja.. fikir dahulu sebelum bertindak :)

2)  Terlebih gambar
Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi  kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri).  Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.
Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.
Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.
Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar,  si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.
Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang  sehabisnya di facebook. 


3)  Penyamaran
Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.
Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.


  
4)  Download gambar untuk simpanan dan tatapan.
Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.
Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar. 
Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa.
5)  Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.
Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.
Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya
Ini boleh menjadi dosa, kerana :-
a-      Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.
b-      Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.
c-      Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.
6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan
    Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.
    
Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rkana lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung.  Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.
Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik. 

Huraian ana bagi 2,3,4,5,6 : 
Huraian ana : haaa~ yang ni part paling banyak ditemui dalam facebook.... sekali lagi ana katakan, bukan untuk suami isteri jak, tapi sahabat2 sekalian :)..rasa sedih gak, bila kita tak nak gambar kita di upload kat facebook, tapi ada pula yang tolong uploadkan... yeah... ana ingin menjaga diri juga..kerana gambar ana, tanggungjawab ana.. so sapa2 kenal ana, pasni korang jangan nak memandai upload gambar ana sesuka hati.. ni hak peribadi ana...!!!!! jangan ambil hak ana!!!!!! yeah :) emosi dah ni,hehehe (p/s: lembut tak da guna lagi, terpaksa keras skit ) .. dah baca kat atas?? ni la akibatnya dok upload gambar korang...... korang ingat orang2 yang bernafsu di luar sana x leh nak muat turun gambar korang?? haaaa..... korang mana tau kan :) kasi terhad laa upload gambar... ni ada gak gambar yang macam teda2 ni di upload........korang tak pernah ka,apa motif upload gambar tuuu???? adakah nak minta org like, nak minta org komen??? nak minta orang puji?? nak minta 1 malaysia ni tau keseronokan korang dalam gambar2 tuuu??? astaghfirullah... kalau ada yang berfikir kerana ituuu, fikirla apa yang korang kena buat.. T.T... walaupun gambar dah tutup aurat, kalau boleh elakkan laaa upload pict yang "posing2 maut",wat2 muka kiut miut tuuuu...... korang hanya menambah dosa... ingat apa UAI kata?? nak upload boleh..tapi 1 inchi saja,hehehe...

KESIMPULAN MENGENAI DOSA2 & FACEBOOK
Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.
Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama 'ukhuwah' untuk berbuat dosa.
Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman


yeah~ panjang lebar kan?? ambil masa baca nii, rugi kalau x baca :)
dua entri oleh ustaz,ana  jadikan 1 ..
so,wanita2 muslimah di luar sana, korang nak jadi WANITA MAHAL??? Senang jak,..DELETE GAMBAR korang tuuh!!!!! WALAUPUN KORANG DAH TUTUP AURAT, TAPI ANA NAK KATA,,,GAMBAR KITA TUU,TANGGUNGJAWAB KITA... SO APA2 YANG JADI LEPAS NI, TANGGUNGJAWAB KITA..BUKAN ORANG LAIN ........Nak letak pun ,ada batasnya, dan biar berpada2... terhadkan.. jangan sampai beratus2 untuk 1 album hanya untuk 1 event -_-..melebih betul..... dan lagi 1, privasikan untuk sesetengah org saja kan lagi bagus,molek,, :)

sekian,peringatan buat diriku dan semua ....... wassalam.....