Selasa, 29 Januari 2013

why

Listen..Listen..Listen..

Saya tak mahu, saya sedang menjaga,
 tapi orang yang tolong buat.
hm

blog santai penuh kata-kata yang pelik tapi benar

hehehe.. oh! dunia....

ada benda yang nak di post sebenaqnya... tapi tunggu otak dulu ni nak memproses segala maklumat yang terkandung berdasarkan pembacaan..hoho..

nantikan ^_^ peace!

Jumaat, 25 Januari 2013

SALAH!



Assalamu'alaikum wbt.

Entri kali ini bertajuk "SALAH"
eh? bukan entri ni tajuknya salah, tapi kisahnya mengenai salah..hehe

ya! setiap manusia sering melakukan kesilapan. tidak ada yang sempurna (ayat yang selalu diguna dari zaman dulu hinggalah sekarang)

hmm..ada kalanya kesalahan itu boleh kita nampak. ada kalanya kita tak tahu, tapi orang lain yang terasa. padahal bukan niatnya untuk menyakitkan hati sesiapa, cumanya manusia kebanyakannya agak sensitif sikit. masing-masing ada penilaiannya tersendiri.

bila ada kesalahan yang kita buat (dalam keadaan sedar), kita akan cuba untuk meminta maaf. tapi kalau ada kesalahan (tak sedar, tak tahu) apa yang boleh kita buat?

bayangkan kalau tak sempat nak minta maaf, kita dah mati?
matinya dalam keadaan apakah itu? Wallahu'alam..
rahsia Allah.. hanya Dia yang tahu.


kalau ana, ana memang takut kalau bab bercakap. sebab tu ana banyak diam. ana takut ana salah cakap. dan setiap kali apa yang ana cakap kat orang, ana akan reflek balik. takut sangat banyak salah. sebab tu ana cuba jaga bahasa ana, nada suara,tutur kata. walaupun ana sangat lemah dalam hal ni. tekadang terlanjur kata..sebab siyesly ana takut sangat2 kalau salah cakap. disitu timbulnya keresahan dalam jiwa. walaupun ana rapat dengan sesiapa pun. semuanya gara-gara sebab pernah mengalaminya. orang yang tak pernah mengalami, takkan pernah faham perasaannya macamana.

tak taulah kalau orang lain cakap main tembak jak.

dari segi nak menegur pun bukanlah ana orang yang cerdik pandai. kalau boleh nak cakap tu nak berhikmah. bukannya melontarkan teguran berbaur perasaan semata-mata. at least, bila nak tegur tu biarlah berilmu.
tapi sekarang ni sedih pula kalau tengok post2 kat facebook. mungkin tegurannya boleh diterima sesetengah pihak tapi tak pula bagi ana.

Ingatlah kata-kata Amir mukhlis dalam drama Warkah cinta tu,, " kelembutan takkan pernah tewas dengan kekerasan"

walaupun seseorang tu sifatnya keras dengan kita, tapi kalau kita cuba untuk cairkannya dengan kelembutan, pasti ada sifat kelembutannya suatu hari nanti. mungkin hasilnya lambat, cumanya jangan berputus asa. seperti ais...lama-lama ais itu akan cair juga..hehehe


kalaupun seseorang itu buat kesalahan dengan kita, jangan pula balas dendam. jangan pula disimpan dalam hati, nanti makan hati boleh jadi sakit hati.. kalau benci pun, jangan pula benci orangnya tapi bencilah perangainya yang buruk sahaja.


"Tidak beriman seorang muslim itu sehingga dia mencintai saudaranya
sepertimana dia mencintai buat dirinya" (Hadis Riwayat al-Bukhari)

 ingatlah kebaikannya yang pernah dia buat dengan kita, jangan pula ingat kesalahan dia. inilah tips terbaik kalau nak memaafkan orang.
Apa-apapun, ana mohon maaf kepada sesiapa pun yang mengenali diri ana ini yang mengambil waktu untuk membaca post yang agak membebel ini. huh

sekian, dariku
hamba yang hina.






Sabtu, 19 Januari 2013

Red light (2009) but Green Light in 2013!

Mungkin ada mana-mana orang yang terbaca status dekat facebook hari ni.

berkisar Nizana Book of Records... uwaaahhh.. sweet la sangat :DDDD

Sejarah tercipta pada 19 Jan 2013.

oh! Apa yang terjadi?

Pabila Allah memberikan daku "green light" untuk meneruskan hajat yang ingin ku sampaikan berlaku pada 2013. bayangkan berapa tahun aku perlukan kekuatan itu? hm.. senyum :)

Pada awalnya ku tak yakin dengan semua ni. dengan itu, perlunya orang untuk membantu untuk bagi support dari belakanglah kiranya. bila kita ada support, akan bertambahlah kekuatan kita :)

Akhirnya, ku cuba memberanikan diri. terlalu banyak mata-mata yang melihat. entah apa yang mereka fikirkan.. entah apa yang mereka katakan.
sehingga ada pemuda yang senyum-senyum bermakna dengan aku. tapi sayang hajatnya tak sampai. maaf, kita tiada jodoh. aha
# aduh! perasannya ana. Ignore this sentences.

tapi itu bukan misi utama. niat ini ditujukan kerana DIA. nak buat eksperimen untuk diri sebenarnya.. dan bila berhadapan dengan seluruh isi bumi di tempat tu, ana rasa biasa saja. cuma sedikit malu menerpa bila mata-mata lain sibuk melihat. ish..sibuk betul dorang tu! -_-!

apa-apapun, hajat tercapai. syukur tak dilupa.. tak perlu lagi ku sebut-sebut lagi, sebab ana dah cuba. dan takkan segan lagi masa akan datang. inshaAllah :)






#btw, ana memang jenis tak mau menyerah jak. kalau ana nak sesuatu tu, mesti ana cuba untuk dapatkan. dan ana takkan cakap benda yang tak ana mampu buat. ana akan cakap bila sesuatu itu boleh ana lakukan. hasilnya seperti biasa, cepat atau lambat semuanya ketentuan dari-Nya... ni lah ayat yang power ada dalam diri ana.


sekian,
menanti perancangan-Nya seterusnya :)




Sabtu, 12 Januari 2013

KU TERIMA LAMARANMU!

Assalamu'alaikum wbt..

setelah beberapa tahun menanti akhirnya apa yang ana inginkan belum tercapai sepenuhnya tapi sedang menuju ke arah itu :)

oppss! ni bukan lamaran nak nikah ni, tapi pasal cita-cita ana, hehe





KAUNSELOR......






ana memang bercita-cita nak jadi kaunselor sejak Tingkatan 3 lagi. siap buat text then tampal dekat papan kenyataan dekat kelas.bagi wasiat dengan kawan-kawan pasal masa tu nak PMR. jadi itu sebagai satu inisiatif suh kawan-kawan belajar..amboi.....(p/s: macamlah ana kuat belajar,hehehe)
takpa......itu citer lalu...zaman klasik..aha

start tingkatan 3, sudah berfikir pasal cita-cita sebenar.. kalau sebelum tu, masa ana masih kanak-kanak riang, ingat nak jadi ustazah..haha,alahai, masa tu sekolah rendah lagi..semangat ni nak jadi ustazah.. tapi disebabkan aliran yang ana ambik, cabang pembelajaran yang tidak ngam nak jadi ustazah, jadi ana cuba cari satu cita-cita yang melibatkan kes-kes nak beri misi bantuan kemanusiaan ni,hehehe.. bantuannya of course dari segi nasihat..... ana memang suka bagi orang kata-kata.... cuma belum sempurna lagi, nak jadi penulis ni, agak payah skit..kena berilmu..

dan akhirnya ana menemui satu bidang yang memang melekat kat jiwa iaitu KAUNSELOR :)
mungkin ana tak dapat jadi ustazah, tapi ana boleh berdakwah melalui bidang ni sebagai kaunselor.. memang berkait rapat ni. seorang kaunselor kena taat pada Allah, dan agamanya sendiri. sebabnya kalau kaunselor tak da pegangan, iman yang kuat, macamana nak bantu klien kan? :) belajar agama bukan saja ustaz/ustazah perlu buat,tapi kita semua !! :)) oh yeah..


dan sekarang JANUARI 2013, ana menuju ke arah itu. kalau dulu masih berangan, sekarang sedang mencipta apa yang diimpikan itu... walaupun bukan pada tempat yang ana mahukan, tapi BERSYUKUR sebab kos nya memang ana minat. BIMBINGAN DAN KAUNSELING!!^^
best kan kalau cita-cita kita tercapai. ana memang tak sangka.. perancangan Allah itu sangat luar biasa.. yang penting jangan pernah berhenti berdoa kepada Allah..

dari segi penampilan diri, cara komunikasi, cara kita melaksanakan tugasan, hubungan kita dengan PENCIPTA, semua itu perlulah sebati dalam diri kaunselor.. lagi satu kaunselor ni kena kreatif...kena berseni juga kadang-kadang hehe..


apa-apapun, mungkin permulaan ini adalah ketentuan kepada ana, tidak mustahil suatu hari nanti ianya akan hilang, dan tak mustahil pengakhirannya akan berlainan dengan apa yang ana inginkan.. yang penting kita usaha, dan jangan sesekali kita lupa untuk bersyukur kepada-Nya. setiap detik kita kena ingat kepada-Nya. kerana DIA lah kita mampu berdiri sehingga ke tahap ini.

ingatlah firman-Nya yang bermaksud:
"Maka ingatlah kepada-Ku, aku pun akan ingat padamu. bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku"
 (surah al-Baqarah ayat 152)

Ayat inilah yang sentiasa menguatkan semangat ana setiap hari:)
sekian,
wassalam..


Jumaat, 11 Januari 2013

Assalamu'alaikum wbt..

hari ni nak habaq kisah tadi..


call mak............ panjang lebar bercakap dengan mak.. akhirnya kreditnya nak habis.. tapi sempat pula ana menyampuk jap.....

"mak! ada orang bagi makanan"

mak tanya "sapa?"

ana jawablah... "orang dari ................... tuuu" hehe (rahsia kerajaan,reader tak boleh tahu)

pastu mak tanya "apa dia bagi?"

then ana jawablah yang sepatutnya..

dan kata-kata terakhir dari mak "baguslah tuu"


the end.......

.........................................................................................................................

amboi..supporting juga mak ana ni..kalau dulu tak berani nak cerita kes kes macam ni..tapi bila makin membujang ni, agak berani pula ana ya..

teringat masa cuti lepas,mak cerita kepada ana dan akak ana mengenai serba sedikit pasal kehidupan rumahtangga...

pesan mak macam ni
" kalau nak cari suami, jangan cari yang ROCKERS.. carilah yang BERILMU"

ehem! ana hanya mampu tersenyum..
Dalam hati hanya Allah yang tahu.......


KENANGAN NOV-DIS 2012


walaupun agak terlewat, tapi ana tetap nak post pasal ni,hehehe..dengarlah luahan ini mengenai cutiku yang lepas!!!!!!!!

Ana start cuti 8 nov 2012 yang lepas, 2hb dah balik kampus..U.u sedih.... ni nak habaq bukan pasal cerita sedih2 ni, tapi nak kongsi skit apa yang ana dah buat masa cuti ni. antaranya :

1. Gi tempat orang kahwin..hua hua hua.... sebulan lebih ni cuti,jemputan kahwin banyak sangat...setiap minggu ok ==’... tapi ana gi dua kali jer... hari lain tinggal kat rumah...

2. ana takda melancong ke mana-mana..hajat tak kesampaian nak ke dairy farm tuuu..apa boleh buat...lain kali ler jawabnya..

3. seminggu mum takda kat rumah,dia gi umrah..seminggu tuu laa ana menggila jap..hehe..bukan apa...sunyi jak..tapi takpala..dah biasa ditinggalkan, tiap tahun, dekat nak hujung tahun..biaso la tuu..

4. kali pertama dapat kumpul satu family..gara-gara gi umrah ler ni... dua tahun tak dapat jumpa the whole family,kali ni dapat..hehe Alhamdulillah...

5. ana banyak sangat cakap kat rumah.. mangsa pertama of coz kakak saya..kesian dia terpaksa layan juga budak ni :P memang totally macam kanak-kanak kat rumah.......”bilalah ko mau matang ni?” itu jak selalu dia cakap...ana hanya mampu tersenyum-senyum kambing..hua3... mangsa kedua of coz my mum...ada jak karenah ana kat rumah ni....pasai sunyi..terpaksa buat-buat meriah skit....ngeeeee... peace..don’t worry ler.. kat IPG, ana matang balik..haha (^_^)v

6. ehhh..lupa nak cakap, ana dah pindah rumah.. sampai sekarang barang kat rumah lama belum dipindahkan lagi..aigooooo..sangatlah banyak/... itulah kerja ana cuti ni..siap angkat benda2 berat gik cuti ni...gagah perkasa seperti kekuatan lelaki..konon :P

7.  ana dah habis baca dua buku... jeng! Ni dia!!!


Buku kisah Rabiatul Adawiyah dan satu lagi Al Fateh...suka laa baca tentang sejarah islam ni...  Daripada baca novel cinta, bagus baca kiranya macam novel la juga tentang islam itu sendiri.. automatik hang tau jugak kisah2 ni.... cikgu kena ambik tau ^_^

8. ada tudung labuh baru lagi..of coz la wat sendiri dengan bantuan kakak..he.dan yang paling penting, ana ada buat purdah dah..amboi,hajat tercapai laa konon....daripada beli purdah kat kedai online,mahal..padahal hanya secebis kain yang tak panjang sangat pun.... pastu ada yang main bakar tepi je...opss,ada yang terasa? asif jiddan :) kenyataan sahaja^^ alang-alang, baik buat sendiri..tapi ni versi biasa-biasa saja... ala-ala desa saja.....so akhirnya,misi berjaya dilaksanakan..x clear sangat gambar ni,, handphone biasa saja :)

Sampai sini jak cerita ana semasa cuti..ada banyak lagi sebenarnya..tapi biar ni sajala...ingat chek xda privasi ka? Takkan semua nak di cerita kan..Hehehe.... sekian,

maasalamah :)