Ahad, 3 Februari 2013

KISAH GAMBAR

Kisah gambar

Assalamu'alaikum.. entri hari ni berkisar tentang gambar..


hmmm.. kisahnya tentang ana sendiri laaa... bila waktu ana nak upload gambar? apa jenis gambar? pastu macamana dan bagaimana citarasa ana?

baiklah..hari ni ana akan beritahu.. ramai orang duk upload gambar...sama ada facebook..blog etc....

kalau ana, kalau upload gambar dekat BLOG, 100% tak boleh ana buat.. kenapa? blog public..semua orang boleh ambik... semua orang boleh tengok..nanti tak pasal-pasal kena curi gambar... difitnah... susah nanti..jadi kalau dalam blog memang 100% ana tak mahu..kalau ada yang tolong upload, tolong dibuang dengan segera... kalau ada gambar ramai-ramai pun, boleh crop bahagian muka ana.hehe.. tegas nampaknya ni ! :DD

yang kedua, di facebook.. kalau di facebook ni ana agak memilih skit... yang ni ana boleh upload...
TAPI...

ada syaratnya tersendiri.....

1. Gambar tu mestilah menutup aurat.. kena check betul-betul... nanti buat gaya "peace" tak pasal-pasal lengan nampak...walaupun SIKIT.. jenis pakaian pun kena tengok juga...manatau ada yang bermekap ka,aksinya macamana..tak maulah gedik2 ni... yang tuu memang ana titikberatkan.

2. Gambar tuu kena ramai-ramai... ana tak pernah upload gambar sorang-sorang, kalau ada pun gambar profile... tapi gambar profile pun cuma ana sorang je yang dapat tengok... kalau cerita pasal gambar profile, jap lagi ana cerita.

3. Jangan terlampau dekat gambar tuh... tak mau la kalau gambar tuu besaq sangat muka kita... muka dalam 1 inci,1.5 inci okla kot...

4. ana suka edit dulu gambar tuh.. bukan nak kasi putih melapak, tapi nak kasi "blur" ... "blur skit je... ana tak suka gambar terang gila..

5.kalau tengok fb ana, memang cuma 2 3 4 5 keping je gambar ana beramai-ramai... album ada, tapi takda pa-pa yang menarik pun dalam album tuh.. lagipun bukan nak tunjuk sangat, cuma berkongsi rasa apa yang patut je..

6. kalau ana nak upload, mesti ana fikir dua tiga kali dulu.. contohnya, bila ana dah upload, tapi hati rasa pelik semacam dengan gambar tu, automatik akan dibuang serta-merta.....



eh, boleh je pun upload? tapi kenapa orang lain tak boleh tag ana dalam gambar?


haaa.. ni persoalan ni.. adalah pernah ana ingatkan agar takda orang tag gambar ana kepada ana sendiri.. why?

sendiri upload boleh, orang lain nak tolong upload tak boleh.. apesal?

ok... jawapannya di sini, ana suka suki upload sebab friends dalam facebook ana inshaAllah dah ok,, I mean semua dah ditapis..  ramai perempuan dalam friends ana.. dan ramai lagi tak di approve tau sebab tengok fb dorang semcam je... rockers, tak da makna..so, biarkan jela.... ana memang tegas dalam nak approve orang lain dalam fb.. sorry ye...ana tak approve yang rockers, yang jiwang karat dalam fb...oh, andai korang memahami? :)

tapi kalau orang lain yang tolong upload macamana? haaa..ni persoalannya..ana tak tahu sama apa akan jadi..sebab ana sendiri tak tahu kawan2 u dalam fb tuh... so, sebab tuu kalau u nak upload pun, kena tengok kepada syarat2 sperti di atas laaa..jika ana ada dalam gambar tuh..huu...

tu jela kot... kalau pasal gambar profile, ana memang berhati-hati juga..... sebab kadang-kadang,ana ada juga letak muka sorang2..huhu.. kalau bab ni, ana memang kasi "blur" punya..supaya tak terang..pastu tak dekat sangat.. mesti ada background lagi,bukan muka 100% dalam box tuh.. dan ana sorang jak boleh tengok album tuh.,memang privasi habis noh...


sekian itu saja,
khas untuk mereka yang ingin memahami diri ni.. eseh, ada ke yang nak memahami? ahaha
#aduh,perasan..


wassalam




Tiada ulasan:

Catat Ulasan