Isnin, 9 Jun 2014

CARA NAK KE MERLION PARK DARI RESORT SENTOSA/USS

BISMILLAH.

Lama tak update blog ! hei sekarang dah 2014 hehe.
OK Baiklah. Baru2 ni 1 jun 2014, saya pi Singapore. yay! Singapore sangat cantik. hari ni nak cerita skit macamana nak pergi ke Singapore city dari Resort Sentosa World atau kalau korang tak tau pun, cakap jelah USS. Sebenarnya , dalam resort sentosa ni bukan ada USS saja, tapi ada banyak lagi tempat yang menarik. :) Tapi hari ni saya nak cerita skit macamana nak keluar ke bandar Singapore dari tempat USS tuu dengan menaiki MRT :) manatau korang dah puas main dekat USS tu, teringin pula nak ke bandar singapore, boleh je melalui sana.  meh sini saya ajar. naik MRT k. masa kat sana, saya guna MRT full time lol. WAIT. JANGAN MAKAN /MINUM DALAM MRT K. OR YOU'LL GET FINED .

CARA NAK KE MERLION PARK/BUGIS STREET DARI RESORT SENTOSA /USS :
1. Masa lepak-lepak dekat Resort Sentosa World tu, pergi ke Waterfront station (tempat visitor centre tuu. naik escalator and tadaaa ! You'll find  tempat nak naik Sentosa Express. Naik sentosa express dan turun ke VIVO CITY k. Naik Sentosa Express ni FREE kalau dari Resort Sentosa tuu. Jangan risau. Akan ada orang yang guide anda sebelum naik sentosa express tuu :)

2. Dah sampai ke Vivo city mall, ( sentosa express tuu berhenti dekat vivo city mall, Level 3), awak pi basement 2 dalam mall tuu. Basement 2 ni adalah Habourfront MRT. Belilah tiket  MRT ke mana-mana pun yang awak nak. Tapi hari tu saya beli kad EZ-Link. harganya 12 Dolar. Dalam kad tuu dah, dah ada 7 dolar. kalau awak nak top up, boleh je buat kat mesin yang tersedia. Kot-kot takut tak cukup pula kalau naik banyak MRT. Top up pun paling minimum 10 dolar. Ingat k saya pun top jugalah . haha so hasilnya dalam ez link saya ada 17 dolar XDD  :)

3. Haritu perjalanan saya start dari Harbourfront MRT ke Raffles . dekat Raffles ni lah tempat Merlion Park tuu. dekat je. nak naik MRT ni kena study betul-betul map dia. sebab, tak semestinya awak akan naik MRT sepenuh masa. sebab kalau awak pilih LINE yang lain, awak kena naik bas , SBS Transit. sama je. Tapi kalau nak senang, naik MRT jak full time. Meh sini saya ajar. Dari Harbourfront MRT, pergi ke LINE nak ke Bishan. Bila dah sampai ke Bishan, keluar dan tukar pula train lain . I mean korang naik pula MRT ke Raffles Place. sampai je dekat Raflles Place, awak cari je jalan keluar ke Merlion Park , kena menyeberan jalan lagi. jangan pula menyeberang highway haha. ada tangga tersedia nak ke sana dalam sebuah bangunan tuu. permandangannya cantik ! rugi kalau tak pi :)

2. Dah puas snap-snap gambar dekat Merlion Park, saya pergi ke Bugis street. Dari Merlion Park ke Bugis street, senang je. awak ambil MRT line hijau dari Raffles ke MRT Bugis. Awak akan berada macam dalam satu mall. Awak keluar je dari mall tuu dan jalan punya jalan, nampak la tuu bugis street :)))
Dari bugis street ke chinatown pun dekat.

3. Lepas puas beli souvenir, saya beli baju I LOVE SG dekat bugis street. 3 for 10 dolar. dan keychain 30 pieces untuk 10 dolar. Murah laa sangat ! XD dah dah dah. sambung cerita pula. dari bugis street, lapar la pula, so saya ambil keputusan untuk makan dekat Arab street. Dari Bugis street ke Arab street/kampung glam , tak perlula ambik MRT. Jalan kaki je. Kalau awak nampak bangunan Raffles Hospital, kat situla tuu arab street. Menyerang jalan besar lagi k :))

4. Dekat arab street, saya makan. kiranya (nasi + ayam + sayur + air mineral (ais) = 4.80 sgd). hm. lepas makan, singgah solat dekat Masjid Sultan. dah tuu balik ke MRT bugis. dah penat. jadi saya pun nak balik ke Resort sentosa, so ambik mrt dari bugis (line hijau) dan berhenti dekat Buona Vista . sampai dekat Buona Vista MRT, ambik pula line oren dan terus ke Harbourfront. sampai dekat Harbourfront (vivo city mall), terus saya ke level 3 dalam mall tu dan naik sentosa ekpress ke Resort sentosa. dari vivo city nak ke resort sentosa, harga tiket dia 4SGD k. :) so beli tiket , guna EZ link pun boleh. Tapi saya tak guna EZ link dah sebab saya dah minta refund balik masa dekat Harbourfront. dapat dalam lebih kurang 13.80sgd dan kad tu tak boleh guna lagi selama-lamanya hahaha. lain kali beli baru la :))

5. Sampai dekat resort sentosa, tak tau nak buat apa lagi. bas akan ambil dalam jam 7 malam. saya ambik shuttle bas dari Odessey, Danga bay. harga rm30. Bas tu akan ambik pergi dan balik. naik bas yang sama. ingat no flat bas korang. inshaAllah dijamin selesa dan selamat , tak perlu nak berlari2, bas akan tunggu awak:))) so masa masih panjang, saya pun berlegar2 dekat resort sentosa, gambar2 skit. gambar dengan glob universal studio tuu dan macam2 lagi haha. plan hari pertama just nak ke bandar je. Esoknya barulah masuk ke USS ! nantikan entri seterusnya :)

kalau masih tak faham, boleh tanya :)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan