Ahad, 18 Mac 2012

PROSES TARBIYAH DIRI..AKU RINDU PURDAH

Yaaa Allah,terdetik dihati nak update blog ni :)

..... Proses tarbiyah diri.. ana nak jadi wanita solehah,,, idaman.. tadi ke masjid, terfikir akan kebesaran ilahi, sungguh,hatiku rasa tenang di dalam masjid, sebab itu ana nak istiqamah gi masjid setiap hari untuk maghrib & isyak,suasana tenang,, imanmu juga boleh bertambah,, moga diperkukuhkan iman ini...ana bukanlah dari sekolah agama, bahasa arab pun tak pandai,sekadar basic bolehlah... Alhamdulillah,masih istiqamah dalam pemakaian wanita muslimah, bila sudah sempurna fizikal ni,teringin pula nak pakai purdah~ 

Ya Allah,lama sudah mengimpikannya,tapi mampukah ana? ana pernah cuba2 buat sendiri,dan start try pakai semasa ana form 4, Masyaallah,best sgt2 rasa mcm tak mau tanggal jak T_T... purdah,bila kita akan ketemu??? Untuk memakainya,memerlukan suatu kekuatan diri...tapi,layak ka aku? ilmu ana masih cetek & lebih cetek daripada mereka yang memang sudah penuh dengan ilmu2 agamanya.. macam tidak layak jak~ dekat sini, ana tiada subjek agama,jadi kena pandai cari sendiri.......... perlu rajin dalam menimba ilmu... BUKU itu sandarannya.. terkadang ingin menangis..... terlalu rindu nak belajar dari ustaz/ustazah..... doakan ana terus istiqamah dalam meniti hidup ini! shbt2,jgn lalaikan ana dgn kehidupan dunia,tapi bersama kita pimpin ke arah dunia & akhirat,akhirat yg pasti !

Salam rindu buatmu PURDAH
wassalam~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan