Sabtu, 24 Mac 2012

RINTIHAN SAHABAT... UKHUWAH ANTARA KITA BAGAIMANA?

Sahabat...
andai saja fikiranmu sama sepertiku...
andai saja kita sama-sama memikirkan perihal akhirat bersama,
alangkah indahnya.....
sahabat...
kenapa engkau masih leka?
sering kali mengingati dunia,sehingga lupa akan akhirat...
sahabat...
ingatlah perjuangan kita....
bukan sekadar bersengkang mata dengan assignment,
bukan sekadar menjadi bakal pendidik dunia...
bukan sekadar memikirkan gaji  setelah keluar dari belajar nanti...
ingatlah akhirat.... bekalanmu sudah cukupkah??
sahabat....
jagalah akhlak peribadimu sebagai muslimah...
jagalah setiap perkataanmu.... bukankah diam itu lebih baik?
jangan terlalu sosial dengan orang yang bukan mahrammu,jgn sesekali menyentuh mereka,jgn sesekali melihatkan perhiasanmu... tutuplah auratmu...labuhkan tudungmu hingga ke paras dada.... tidak semestinya perlu memakai tudunhg labuh bidang 60...cukuplah menutupi paras dadamu...
begitu juga dengan kakimu.... engkau sering melupakannya..sedangkan ianya juga aurat.. tahukah engkau pandangan kita dan pandangan lelaki amat berbeza? pandangan mereka terhadap kita sangat bebeza berbanding pandangan kita kepada mereka yg hanya seperti biasa sahaja...kalau lelaki,terkdang,melihat kakimu sahaja,boleh menimbulkan nafsu mereka.. bersama kita membantu mereka ya muslimah... jgn biarkan dosa kita terkumpul kerana dosa-dosa kecil boleh membawa kepada dosa yg besar.. nauzubillah,mohon dijauhkan...
tidak ada sesiapa yang boleh merubah anda,melainkan diri sendiri.. bila lagi mahu buat??? nak tunggu sampai bila??!!! hidayah belum sampai?? nak tunggu hidayah baru nak buat???? sampai bila??? sampai bila?? sampai bila???
 bgitu juga jika berada dihadapanku.... tutuplah auratmu seperti mana yg telah disyariatkan....dari pusat hingga ke lutut (muslimah ke muslimah)...
 andai itu memang kebiasaanmu,maka ubahlah.....
sukar untukku tegur... takut nanti ada yang tidak boleh terima teguranku...
takut nanti engkau mula berprasangka buruk terhadapku..
ya! memang...ana juga insan biasa...sama seperti anda....zaman remaja,sukakan keseronokan..
sahabat, dunia ini hanya sementara,
jgn terpedaya dengan dunia... dunia..dunia..dunia...
muhasabah diri sentiasa....
sahabat....ana mohon..... bersama kita seiringan berjalan ke arah yang lebih baik... jgn hanya melakukannya kerana manusia..lakukanlah kerana Allah... Allah sentiasa memerhati kita walau dimana kita berada... banyakkan membaca buku2 agama,.
sahabat... ana mohon...jangan turut lekakan ana dengan permainan dunia.....
enjoy dalam dunia, terkadang ketawa hingga tak mengenal batas... jgn ketawa sgt! ia boleh mematikan hati kita ... 
ada hikmah tersembunyi ana ditempatkan disini...berdikari dalam mencari ilmu agama.....bolehkah kita sama2 mencari???
ana rindu mencarinya seperti dahulu kala bersama ukhti tercinta... bolehkah ana dapatkannya dgn anda semua??? bolehkah anda jadi pengganti ukhti2 saya disini...???
sahabat, ukhuwah kerana Allah berkekalan selamanya... bukan hanya pada sebutan atau tulisan semata-mata, niat itu penting..

sahabat,ukhuwah itu indah...dan ukhuwah kerana Allah sangatlah indah, sehingga terasa tidak ingin melepaskan sahabat ituuu...
sahabat, bila engkau dah berubah kepada muslimah yang sebenar,
baru engkau sedar betapa indahnya hidup daripada sebelumnya...
akhlakmu terjaga, sehingga tidak ada yang berani mengacaumu... kerana apa??? kerana mereka menghormatimu...ini pernah sudah ku alami.... muslimin sendiri yang berterus terang kepadaku,,,
ana berkata seperti ini,kerana sayangnya ana kepada anda semua....sygi dirimu ya muslimah...... ana bukan superwoman yg sentiasa boleh membantu anda semua, kerana suatu hari nanti kita semua akan sendirian,tidak ada yg menemani,,baik buruk amalanmu,engkau sendiri yang tanggung kerana anda sudah pun dewasa...
Uhibbuki lillah....renungan bersama...

BERDAKWAH ITU BANYAK DUGAAN, ADA YANG BAKAL MENGATA KITA ~ PEACE NO WAR~ (^^)v

kesedihan melanda diri~salam mujahadah buat semua :)

1 ulasan: