Sabtu, 12 Januari 2013

KU TERIMA LAMARANMU!

Assalamu'alaikum wbt..

setelah beberapa tahun menanti akhirnya apa yang ana inginkan belum tercapai sepenuhnya tapi sedang menuju ke arah itu :)

oppss! ni bukan lamaran nak nikah ni, tapi pasal cita-cita ana, hehe





KAUNSELOR......






ana memang bercita-cita nak jadi kaunselor sejak Tingkatan 3 lagi. siap buat text then tampal dekat papan kenyataan dekat kelas.bagi wasiat dengan kawan-kawan pasal masa tu nak PMR. jadi itu sebagai satu inisiatif suh kawan-kawan belajar..amboi.....(p/s: macamlah ana kuat belajar,hehehe)
takpa......itu citer lalu...zaman klasik..aha

start tingkatan 3, sudah berfikir pasal cita-cita sebenar.. kalau sebelum tu, masa ana masih kanak-kanak riang, ingat nak jadi ustazah..haha,alahai, masa tu sekolah rendah lagi..semangat ni nak jadi ustazah.. tapi disebabkan aliran yang ana ambik, cabang pembelajaran yang tidak ngam nak jadi ustazah, jadi ana cuba cari satu cita-cita yang melibatkan kes-kes nak beri misi bantuan kemanusiaan ni,hehehe.. bantuannya of course dari segi nasihat..... ana memang suka bagi orang kata-kata.... cuma belum sempurna lagi, nak jadi penulis ni, agak payah skit..kena berilmu..

dan akhirnya ana menemui satu bidang yang memang melekat kat jiwa iaitu KAUNSELOR :)
mungkin ana tak dapat jadi ustazah, tapi ana boleh berdakwah melalui bidang ni sebagai kaunselor.. memang berkait rapat ni. seorang kaunselor kena taat pada Allah, dan agamanya sendiri. sebabnya kalau kaunselor tak da pegangan, iman yang kuat, macamana nak bantu klien kan? :) belajar agama bukan saja ustaz/ustazah perlu buat,tapi kita semua !! :)) oh yeah..


dan sekarang JANUARI 2013, ana menuju ke arah itu. kalau dulu masih berangan, sekarang sedang mencipta apa yang diimpikan itu... walaupun bukan pada tempat yang ana mahukan, tapi BERSYUKUR sebab kos nya memang ana minat. BIMBINGAN DAN KAUNSELING!!^^
best kan kalau cita-cita kita tercapai. ana memang tak sangka.. perancangan Allah itu sangat luar biasa.. yang penting jangan pernah berhenti berdoa kepada Allah..

dari segi penampilan diri, cara komunikasi, cara kita melaksanakan tugasan, hubungan kita dengan PENCIPTA, semua itu perlulah sebati dalam diri kaunselor.. lagi satu kaunselor ni kena kreatif...kena berseni juga kadang-kadang hehe..


apa-apapun, mungkin permulaan ini adalah ketentuan kepada ana, tidak mustahil suatu hari nanti ianya akan hilang, dan tak mustahil pengakhirannya akan berlainan dengan apa yang ana inginkan.. yang penting kita usaha, dan jangan sesekali kita lupa untuk bersyukur kepada-Nya. setiap detik kita kena ingat kepada-Nya. kerana DIA lah kita mampu berdiri sehingga ke tahap ini.

ingatlah firman-Nya yang bermaksud:
"Maka ingatlah kepada-Ku, aku pun akan ingat padamu. bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku"
 (surah al-Baqarah ayat 152)

Ayat inilah yang sentiasa menguatkan semangat ana setiap hari:)
sekian,
wassalam..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan