Jumaat, 25 Januari 2013

SALAH!



Assalamu'alaikum wbt.

Entri kali ini bertajuk "SALAH"
eh? bukan entri ni tajuknya salah, tapi kisahnya mengenai salah..hehe

ya! setiap manusia sering melakukan kesilapan. tidak ada yang sempurna (ayat yang selalu diguna dari zaman dulu hinggalah sekarang)

hmm..ada kalanya kesalahan itu boleh kita nampak. ada kalanya kita tak tahu, tapi orang lain yang terasa. padahal bukan niatnya untuk menyakitkan hati sesiapa, cumanya manusia kebanyakannya agak sensitif sikit. masing-masing ada penilaiannya tersendiri.

bila ada kesalahan yang kita buat (dalam keadaan sedar), kita akan cuba untuk meminta maaf. tapi kalau ada kesalahan (tak sedar, tak tahu) apa yang boleh kita buat?

bayangkan kalau tak sempat nak minta maaf, kita dah mati?
matinya dalam keadaan apakah itu? Wallahu'alam..
rahsia Allah.. hanya Dia yang tahu.


kalau ana, ana memang takut kalau bab bercakap. sebab tu ana banyak diam. ana takut ana salah cakap. dan setiap kali apa yang ana cakap kat orang, ana akan reflek balik. takut sangat banyak salah. sebab tu ana cuba jaga bahasa ana, nada suara,tutur kata. walaupun ana sangat lemah dalam hal ni. tekadang terlanjur kata..sebab siyesly ana takut sangat2 kalau salah cakap. disitu timbulnya keresahan dalam jiwa. walaupun ana rapat dengan sesiapa pun. semuanya gara-gara sebab pernah mengalaminya. orang yang tak pernah mengalami, takkan pernah faham perasaannya macamana.

tak taulah kalau orang lain cakap main tembak jak.

dari segi nak menegur pun bukanlah ana orang yang cerdik pandai. kalau boleh nak cakap tu nak berhikmah. bukannya melontarkan teguran berbaur perasaan semata-mata. at least, bila nak tegur tu biarlah berilmu.
tapi sekarang ni sedih pula kalau tengok post2 kat facebook. mungkin tegurannya boleh diterima sesetengah pihak tapi tak pula bagi ana.

Ingatlah kata-kata Amir mukhlis dalam drama Warkah cinta tu,, " kelembutan takkan pernah tewas dengan kekerasan"

walaupun seseorang tu sifatnya keras dengan kita, tapi kalau kita cuba untuk cairkannya dengan kelembutan, pasti ada sifat kelembutannya suatu hari nanti. mungkin hasilnya lambat, cumanya jangan berputus asa. seperti ais...lama-lama ais itu akan cair juga..hehehe


kalaupun seseorang itu buat kesalahan dengan kita, jangan pula balas dendam. jangan pula disimpan dalam hati, nanti makan hati boleh jadi sakit hati.. kalau benci pun, jangan pula benci orangnya tapi bencilah perangainya yang buruk sahaja.


"Tidak beriman seorang muslim itu sehingga dia mencintai saudaranya
sepertimana dia mencintai buat dirinya" (Hadis Riwayat al-Bukhari)

 ingatlah kebaikannya yang pernah dia buat dengan kita, jangan pula ingat kesalahan dia. inilah tips terbaik kalau nak memaafkan orang.
Apa-apapun, ana mohon maaf kepada sesiapa pun yang mengenali diri ana ini yang mengambil waktu untuk membaca post yang agak membebel ini. huh

sekian, dariku
hamba yang hina.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan